Kemahiran Proses Sains ... mengapa diremehkan?

Kurikulum Sains (samaada KBSR atau KBSM) memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran saintifik iaitu kemahiran manipulatif dan kemahiran proses sains. Pengoperasian kemahiran proses sains dalam pengakaran dan pembelajaran merupakan satu inovasi pedagogi ke arah megwujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif yang dapat menimbulkan minat dan keseronakan murid terlibat secara aktif dalam prose pengajaran dan pembelajaran.

Penekanan terhadap penguasaan kemahiran proses sains menuntut suatu perubahan atau pengubahsuaian dalam amalan pengajaran iaitu dari pendekatan yang berorientasikan kandungan kepada pendekatan yang berorientasikan proses. cabaran utama yang perlu ditangani dalam merealisasikan hasrat untuk meningkatkan penguasaan kemahiran saintifik adalah kefahaman tentang kemahiran proses sains serta ketrampilan guru mengaplikasikannya strategi pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan kajian yang dijalankan, dapatan menunjukkan tahap kefahaman guru sains sekolah menengah tentang kemahiran proses sains berada pada tahap yang rendah. Keadaan sedemikian boleh menyebabkan kewujudan suatu jurang di antara hasrat kurikulum dengan pelaksanana di bilik darjah. Iannya juga menjejaskan persekitaran pembelajaran sains di antara sekolah rendah dan sekolah menengah.Justru, apabila pelajar sekolah rendah memasukui Tingkatan 1, mereka berhadapan dengan suatu orientasi pembelajaran sains yang berbeza dari pengalaman pembelajaran sains yang dialami ketika di sekolah rendah.

Pengertian Kemahiran Proses Sains
Penguasaan kemahiran saintifik merupakan salah satu domain yang diberi penekanan dalam kurikulum sains sekolah menengah. Kemahiran saintifik yang perlu dikuasai oleh murid terdiri daripada kemahiran manipulatif dan kemahiran proses sains. Kemahiran Proses Sains yang perlu dikuasai adalag sebagamana urutan berikut:

1. Memerhati
Kemahiran memerhati adalah merupakan suatu kemahiran yang merujuk kepada kebolehan mengumpul maklumat tentang sesuatu objek atau fenomena dengan menggunakan deria seperti deria penglihatan,pendengaran,sentuhan,rasa atau bau.Pengamatan atau pencerapan dalam sesuatu penyiasatan saintifik mungkin melibatkan penggunaan deria sahaja atau penggunaan deria dengan berbantukan alat tertentu.

Petunjuk:
* Kenal pasti ciri umum sekumpulan item
* mengenal pasti ciri dan kualiti sesuautu konsep
* Mengenal ciri yang ganjil atau yang menpunyai kelainan
* memperihalkan perbezaan dan persamaan yang dikesan
* Memperihal perubahan yang berlaku
* Mengenal pasti pola atau tertiban fenomena yang berlaku
* Mennggunakan alat bagi membantu deria untuk membuat kajian terperinci

2. Mengelas
Kemahiran mengelas adalah merupakan suatu kemahiran yang merujuk kepada kebolehan mengasingkan dan menkelomokkan objek atau fenomena ke dalam kumpulan berdasarkan kriteria yang ditentukan seperti ciri atayu sifatnya.

Petunjuk:
* Mengenal pati persamaan dan perbezaan
* Mengumpul berdasarkan sifat sepunya
* menggunakan kriteria lain untuk mengumpul objek
* Menerangkan kaedah pengkelasan yang digunakan

3.Mengukur dan Menggunakan Nombor
Keahiran mengukur dan menggunakan nombor adalah suatu kemahiran yang merujuk kepada kebolehan membuat pemerhatian secara kuantitatif yang melibatkan penggunaan alat berunit piawai.

Petunjuk:
* Boleh mengira dan membandingkan bilangan item di dalam kumpulan yang berlainan
* Menggunakan nombor untuk merekodkan fenomena
* Membandingkan objek-objek menggunakan nombor
* Menggunakan alat dengan betul
* Mencatat bacaan dengan tepat
* Mencatat unit dengan betul
* Memilih dan menggunakan unit piawai dengan betul
* Membanding masa, jarak,luas dan isipadu denagn unit yang berkaitan
* Boleh mengenali pola dalam jadual-jadual nombor
* Menentukan kejituan ukuran tertentu
* Menggunakan skala dan menerangkan nisbah

4. Membuat Inferens

0 comments:

Post a Comment